Travelog Lombok – Gili + Jeeva Beloam

31 March 2014 – Isnin
Abd Kadir Bin Saleh (Ayah)

10177004_10201855668093231_622552989_o

Berita Harian, Singapura
Disiarkan Di Ruangan Gah

LOMBOK PULAU 1000 MASJID

Jika Bali terkenal dengan gelaran pulau 1000 kuil, Lombok pula terkenal dengan jolokan pulau 1000 masjid. Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang Lombok ke Pantai Senggigi, Lombok Barat masjid-masjid megah berdiri di sepanjang jalan sama ada yang baru ataupun yang lama. Di setiap desa pasti memiliki masjidnya tersendiri.

Jika di Bali terkenal dengan pantai Kuta, di Lombok terkenal dengan 3 Gili (pulau kecil) iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Untuk ke Gili Trawangan tambang bot penumpang hanya Rp20,000 (SGD $2.00) dari Pelabuhan Bangsal dalam masa 30 minit. 3 Gili ini menawarkan aktiviti air, seperti snorkel, menyelam skuba, meluncur air, memancing atau bersantai di sepanjang pantai mengelilingi setiap pulau. Keluasannya seperti Pulau Sentosa di Singapura. Kita boleh mengelilingi pulau dengan berjalan kaki, berbasikal ataupun menaiki kereta kuda. Pakej snorkel 3 Gili beramai-ramai cuma Rp 100,000 (SGD $10.00) meliputi bot, gogel dan jaket keselamatan. Mula-mula melihat karang laut di GiliTrawangan, kemudian berenang bersama penyu di Gili Meno dan terakhir memberi makanikan roti di Gili Air. Rasakan gigitan ikan di jari.

IMG_2778

Satu yang menarik mengenai 3 Gili ini hampir 90 peratus pemilik hotel, resort, restoran, kedai dimiliki oleh warga Amerika dan Eropah kerana pelancongnya juga 90% warga Amerika dan Eropah. Suasana di 3 Gili seakan di kepulauan Mediterranean atau di Caribbean. Parti, bikini dan minum keras menjadi teras kehidupan. Di Gili Trawangan, laungan azan setiap waktu dua buah masjid seiringan dengan alunan muzik dari café dan bar. IMG_2927

Semasa di Lombok kami juga sempat meredah hutan di pergunungan Rinjani untuk ke air terjun yang terletak satu jam perjalanan melalui lereng gunung yang selebar tapak kaki yang curam dan menggerunkan. Air Terjun Sindang Gile di Senaru yang bertingkat itu benar-benar menggamit kenangan yang sukar dilupakan.

IMG_2681


Selain Pantai Senggigi di Lombok Barat, kami ke Jeeva Beloam Beach Camp di Tanjung Ringgit, Lombok Timur yang menawarkan percutian yang eksklusif. Jeeva Beloam Beach Camp terletak 2 jam perjalanan dari lapangan terbang.

IMG_2959

Pantainya yang bertelok dan di kelilingi tebing tinggi yang curam benar-benar memukau seakan berada di pantai Australia. 

IMG_2987

Rumah penginapan yang dimiliki oleh warga Amerika berbentuk tradisional suku Sasak Lombok yang alang-alang bumbungnya tinggi. Dibuka pada 2012, ia berkonsepkan bersemadi dengan alam. Tiada TV. Tiada Radio. Tiada Wifi. 

IMG_2960

Di puncak tebing yang menghadap ke Australia masih berdiri megah kubu dan meriam Jepun peninggalan perang dunia kedua. Meriam yang beratnya bertan-tan itu dibawa kepuncak tebing curam setinggi Bukit Timah tanpa peralatan moden. 

IMG_3089

Jika 70 tahun lalu warga emas Lombok berperang mempertahankan bumi tercinta dari kuasa Jepun kini warga muda Lombok berperang mempertahankan budaya Sasak daripada dicemari pengaruh budaya Barat. Tanjung Ringgit juga terkenal dengan pasir pantai kemerahan. Pasir putihnya bercampur dengan butiran halus merah, sebab itu dikenali dengan Pink Beach dan menjadi tumpuan penggemar aktiviti air untuk berenang, berkayak ataupun bersnorkel.
IMG_3041
Lombok menawarkan destinasi pilihan yang lebih murah tetapi tetap autentik yang setanding dengan Bali.

Advertisements

2 thoughts on “Travelog Lombok – Gili + Jeeva Beloam

  1. best betul tengok tempat nie kan.. memag minat pantai tapi takut plak naik bot lama lama. nak tahuada contact kat lombok tuk kaki pancing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s