Pesan Ayah

Akhir Ramadan 2012
Allahyarhamah
Hjh Zaiton Bte Hj Omar

Bagi menghargai pengorbanan Ibu sebagai isteri dan ibu, Ayah menyarankan amalan yang Ibu paling suka iaitu membaca alQuran.

Lebih-lebih lagi mahar Ibu ketika diijabkabulkan ialah senaskah alQuran pada 1 Disember 1977.

Bacalah jika ada kesempatan sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan atau setiap tahun.

Surah yang Ayah pilih untuk setiap anak ini mempunyai kaitan dengannya dan sedekahkan kepada Ibu seperti di bawah:

Muhd alHakim
Surah Yusuf – Juz 12
111 ayat
13 muka surat (20 minit)

Ayah
Surah alKhafi – Juz 15
110 ayat
11 muka surat (20 minit)

Nur Zetty
Surah Mariam – Juz 16
98 ayat
7 muka surat (15 minit)

Nur Diana
Surah arRahman – Juz 27
78 ayat
3 muka surat (10 minit)

Nur AtiQa
Surah alWaqiah – Juz 27
96 ayat
3 muka surat (10 minit)

Setelah bernikah ayah berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Ketika ibu hamil Ayah amalkan membaca surah Mariam.
Dengan izin Allah, lahirlah puteri pertama bernama Nur Zetty.

Untuk anak ketiga, Ayah amalkan membaca surah Yusuf ketika ibu hamil.
Alhamdullilah hajat dikabulkan Allah s.w.t. Lahir seorang putera bernama Muhd alHakim.

Surah arRahman Ayah pilih kerana kurniaan Allah cahaya mata kedua selang setahun.
Kami namakan Nur Diana. Allah Maha Pemurah.

Ketika Ayah dan Ibu menunaikan rukun Islam kelima kami tinggalkan anak keempat yang masih bayi bernama Nur AtiQa.
Ayah berdoa agar diberikan rezeki untuk membawa semua anak Ayah sama-sama sujud di depan Kaabah.

Alhamdulilah doa tercapai ketika Umrah Baitul Maqdis.
Surah alKhafi begitu istimewa bagi Ayah bagi menghargai pengorbanan Ibu yang mencintai alQuran.

Sesiapa yang membaca alKhafi diberi cahaya dari Jumaat ke Jumaat.
Semoga cahaya itu menerangi kubur Ibu dan di hari kiamat. Insya-Allah.

Istimewa buat Ibu
Tidak perlulah kita memperingati tarikh pemergian Ibu kembali ke Rahmatullah.

Tetapi kita memperingatinya setiap Akhir Ramadan setiap tahun bersama takbir raya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s