A repost – Ayah, the gardener.

Disirami dengan baja kasih dan sayang.

An insight to how my dad views his fathering role. The following post was written by him in 2008. It touched me deeply.

Dua JamBanGan

Sejak dari benih disemai ia bercambah menjadi jambangan menghiasi sebuah taman. Disirami dengan baja kasih dan sayang. Keharumannya menarik perhatian sang kumbang.

Puluhan tahun jambangan itu dijaga rapi. Melindunginya daripada hujan dan ribut yang mengganas. Membunuh parasait yang akan merosakkan pertumbuhan dan kesegarannya. Mengawasinya daripada gejala-gejala keburukan dan kehinaan.

Syukur alhamdullilah dua jambangan bunga menjadi kebanggaan pemiliknya. Masa berlalu begitu cepat. Daun-daun yang gugur diganti dengan pucuk-pucuk hijau yang segar. Putik-putik bunga mula berkembang mewarnai keindahan alam.

Kedua jambangan itu didedahkan dengan pelbagai sinaran suria yang berbeza di pelbagai tempat. Mempunyai daya saing untuk menghadapi pelbagai cabaran iklim dunia. Hasilnya – insya-Allah jambangan itu memberi manfaat kepada keharmonian alam.

Pagi ini pemiliknya bangun melihat jambangan di tamannya. Dia tidak bermimpi. Dia sedar bahawa dua jambangan itu tiada lagi menghiasi tamannya. Dia tersenyum lebar kerana hatinya berasa puas. Menunaikan amanah yang dipikulnya.

Dua jambangan itu telah berpindah milik. Dia telah dengan rela hati dan dengan doa restu menyerahkannya kepada pemiliknya yang baru. Dua jambangan yang kini menghiasi taman-taman pemilik barunya.

Setiap malam pemilik jambangan akan sentiasa mendoakan kesejahteran kedua jambangannya agar sentiasa berkembang mekar dan bercambah di taman barunya menghiasi keindahan alam ciptaan Allah.

By now, you would have deduced that the potted plants are me and my second sister. You have one more to go. Thank you Ayah for the nightly doas. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s